pendapat mazhab berkaitan dengan perlantikan khalifah..

salam kourank..
yeay! jom sambung lagi bacer..
so, isu kepada keperluan memilih pengganti kepada rasulullah saw telah terbangkit di kalangan muslimin...
yer la, perlu ke tak perlu khalifah tu..
lagipun rasulullah saw sendiri tak pernah menyuruh muslimin utk mencari seorang pengganti utk menggantikan baginda saw...


seperti yg kourank tahu, di sepanjang sejarah Islam, telah muncul pelbagai mazhab..
antaranya adalah syi'ah, ahl al-sunah wa al-jama'ah, golongan al-khawarij, golongan al-muji'ah dan tidak terkecuali golongan al-muktazilah...
walaupun mereka memberi pendapat yg berbeza-beza, namun secara keseluruhannya...
semuanya bersetuju bahawa melantik pengganti kepada Rasulullah saw itu adalah suatu yg harus dan perlu dilakukan...

pendapat syi'ah

~ khilafah adalah wajib kerana ia rukun agama
~ khilafah tidak boleh dipilih secara bebas kerana Rasulullah telah menentukannya iaitu saiyidina Ali..
~ khilafah perlulah seorang yg maksum

pada awalnya mereka cuma ingin menuntut hak Ali sebagai khalifah, namun selepas saiyidina Ali menjadi khalifah, berlaku sedikit perubahan dimana mereka beranggapan bahawa persoalan pengganti rasulullah ini sebagai persoalan aQidah yg mana adalah tidak munasabah bagi Rasulullah untuk meletakkan pemilihan khalifah di tangan masyarakat umum...
dan saiyidina Ali lah khalifahnya...

pendapat ahl al-sunah wa al-jamaah

pada peringkat awal, ahl al-sunah wa al-jamaah ini terdiri daripada kaum muhajirin dan ansar..

~ mereka sepakat mengatakan bahawa rasulullah saw tidak pernah menyebut siapakah pengganti baginda 
~ baginda juga tidak pula memberitahu cara-cara tertentu untuk menentukan seorang khalifah...
~ tidak jugak menyatakan kriteria terperinci yg perlu ada pada calon khalifah itu...
~ rasulullah hanya menekankan tanggungjawab seorang ketua itu sendiri...
~ menurut mereka lagi, bahkan al-Quran dan al-sunnah sendiri tidak mengemukan sesuatu yg terperinci berkaitan dengan calon khalifah...

namun begitu, ketika ini.. kaum muhajirin menekankan kepada kaum Quraisy yak ni kaum muhajirin Makkah atas dasar mereka merupakan golongan pertama yg beriman dan merekalah yg berada hampir dgn Rasulullah dalam jangka masa yg lebih lama...

pendapat golongan al-khawarij

siapa pulak golongan khawarij nie?
okay, kalau kourank nak tau...
golongan khawarij nie pada awalnya merupakan tentera yg menyokong saiyidina Ali..
namun, setelah perang Siffin...
  mereka menubuhkan kumpulan politik yg berdiri sendiri kerana tidak setuju dengan kedudukan tahkim antara Ali dan Mu'awwiyyah yg mana kemudiannya menjadi persatuan agama yg agresif sehingga menhukumkan kafir kepada mereka yg tidak sehaluan dengan mereka termasuklah Ali, Mu'awwiyyah dan Aisyah..

dalam persoalan pemilihan khalifah ini, mereka menyatakan bahawa:

~ pemilihan khalifah hendaklah dibuat secara bebas
~ seorang khalifah itu tidak boleh meletakkan jawatan selepas dilantik
~ seorang khalifah juga tidak perlu terdiri daripada golongan kaum Quraisy
~ seorang khalifah wajib mengikut perintah atau ia akan dipecat
~ mereka juga menyokong supaya khalifah yg menyeleweng itu perlu di pecat atau di bunuh.. 
mengikut pendapat inilah yg mungkin menyebabkan kepada peristiwa pembunuhan Saiyidina Uthman...

pendapat golongan al-murjiah

~ kumpulum ini tidak menyebelahi mana-mana pihak.. mereka ini bersikap sederhana...
~ mereka tidak bersama kerajaan mahupun pembangkang
~ bagi mereka, khalifah itu juga seorang muslim..., sekiranya seorang khalifah itu melakukan kesalahan, kesalahan itu di serahkan kepada Allah semata-mata

pendapat golongan al-mu'tazilah

actually, pada awalnya, golongan muktazilah nie merupakan golongan yg muncul sebagai kumpulan agama...
mereka tidak langsung melibatkan diri dalam hal politik sehinggalah beberapa dekad selepas itu..
golongan muktazilah berpegang kepada prinsip bahawa manusia mempunyai kebebasan untuk memilih ketua mereka..
dalam isu 'seorang khalifah perlu terdiri daripada bangsa Quraisy'.. mereka tidak berapa bersetuju dengan pendapat tersebut kerana sekiranya telah dimuatkan kategori tersebut di dalam al-Quran atau hadis sudah kaum ansar ketika pemilihan saiyidina Umar ketika tidak akan memberikan tentangan...
(,")

so, ketika itu dulu..
till d next entry..
hehe..

Comments

  1. pengetahuan yang baik utk saya ni .... dh tahu tp setelah baca entri ni jd lebih tahu... tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI